Singapura ‘Baham’ Mongolia Penuh Garang
MakanBola
FA Singapore

Singapura berjaya melakar kemenangan besar ke atas Mongolia dalam aksi persahabatan antarabangsa pada Ahad.

Kemenangan mudah 4-0 ini berjaya diraih oleh Singapura ke atas Mongolia sebagai salah satu persiapan untuk The Lions menjelang kejohanan ASEAN Hyundai Cup yang akan membuka tirainya pada penghujung Julai hadapan.

Bekas kapten Johor Darul Ta’zim (JDT), Hariss Harun diberi mandat untuk memakai lilitan kapten bagi kesebelasan utama Singapura tatkala Mongolia diketuai oleh tonggak berpengalaman, Tsend-Ayush Khurelbaatar di jentera tengah.

Tuan rumah membuka tirai jaringan pada minit ke-22 setelah dianugerahkan sepakan penalti oleh pengadil perlawanan dan tugas tersebut dengan tenang disudahkan oleh pertahanan Selangor, Safuwan Baharudin untuk Singapura di depan 1-0.

Sebelum rehat, Singapura menggandakan jaringan menerusi penyudah Song Ui-yong yang berjaya menewaskan penjaga gol Mongolia pada minit ke-38 sekali gus menambah tekanan hebat untuk pasukan pelawat menuju ke bilik persalinan.

Gawang Mongolia bolos buat kali ke-3 pada minit ke-58 selepas penyerang, Shawal Anuar membuktikan bisanya sebelum penain gantian, Ikhsan Fandi melengkapkan kemenangan besar Singapura di hadapan penyokong sendiri.

Perlawanan di Stadium Jalan Besar berakhir dengan kemenangan 4-0 buat Singapura dengan anak didik Gavin Lee ini akan menempuh satu lagi aksi persahabatan menentang China di venue yang sama pada 5 Jun hadapan.

Claim Money Packet TnG