Advertising
Singapura Tersungkur, Vietnam Mara Ke Final
MakanBola
Fasingapore

Perlawanan separuh akhir kedua saingan Asean Championship 2024 malam ini menyaksikan Vietnam berjaya menewaskan Singapura di laman sendiri. 

Kedua-dua pasukan membariskan kesebelasan utama terbaik. Vietnam turun aksi kedua dengan kelebihan dua jaringan selepas menang dalam aksi pertama tempoh hari di Singapura. 

Seawal 14 minit petmainan, pemain sayap Singapura, menjaringkan gol pertama namun selepas semakan VAR, jaringan tersebut di batalkan.

Ad

Akhirnya pada minit ke-40 permainan, Vietnam dihadiahkan sepakan penalti. Peluang tersebut berjaya disempurnakan oleh penyerang, Nguyen Xuan Son dengan cemerlang.

Ad

Separuh masa pertama tamat, tuan rumah Vietnam mendahului dengan satu jaringan ke atas Singapura.

Ad
Ad

Pada minit ke-63 permainan, penyerang berbisa Vietnam, Nguyen Xuan Son sekali lagi mencatat nama sebagai penjaring kedua selepas mudah menyempurnakan hantaran daripada rakan sepasukan.

Ad

Selang 10 minit aksi, Singapura merapatkan kedudukan jaringan apabila Kyoga Nakamura melakukan rembatan luar kotak menewaskan penjaga gol Vietnam, Nguyen Dien Trieu.

Tiga minit sebelum tamat, Vietnam sekali lagi dihadiahkan sepakan penalti. Nguyen Tien Linh mudah menyempurnakan sepakan tersebut. Perlawanan tamat dengan keputusan Vietnam 3-1, (agregat 5-1) Singapura.

Selepas ini, Vietnam akan berdepan sama ada Thailand atau Filipina bagi pusingan akhir saingan Asean Championship 2024.