Pasukan kebangsaan Singapura dilaporkan berminat untuk menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) September ini.
Perkara ini dilaporkan oleh wartawan Singapura, Deepanraj Gaanesan mengenai perancangan pasukan tersebut untuk mengatur beberapa aksi persahabatan.
Katanya, Singapura mahu memanfaatkan masa rehat antarabangsa bulan September ini untuk mengatur beberapa aksi pemanas badan berdepan pasukan tempatan dan luar negara.
“Pasukan Singapura, BG Tampiners Rovers dan juara Liga Super Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) disebut lawan Singapura pada kalendar antarabangsa bulan September ini.
Perlawanan tersebut difahamkan hanyalah aksi pemanas badan latihan yang memungkinkan berlangsung secara tertutup.
Bukan itu sahaja, pasukan kendalian Tsutomu Ogura juga difahamkan sudah merancang untuk beraksi menentang tiga pasukan Liga Utama Jepun pada bulan Oktober ini.
Dua pasukan Asia, Chinese Taipei dan Myanmar pula dijangka menjadi lawan The Lions bagi aksi bulan November kelak.
Prestasi pasukan ke tidak berada pada tahap memberangsangkan apabila menghuni tangga ke-161 dunia ketika ini selain tidak mencatatkan sebarang kemenangan dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2026 tempoh hari.