Advertisement
Sir Jim Ratcliffe Sedia Pertahankan Kepimpinan Erik Ten Hag
Eropah
MakanBola
Manchester United FC

Pemilik bersama Manchester United, Sir Jim Ratcliffe sedia mempertahankan kepimpinan Erik Ten Hag dengan melaburkan sejumlah wang yang besar bagi persiapan kelab untuk musim 2024/2025.

Erik Ten Hag akan kekal sebagai ketua jurulatih Manchester United setelah berjaya memenangi dua piala sepanjang dua musim di Old Trafford selain turut berjaya mengetengahkan bakat muda seperti Alejandro Garnacho, Kobbie Mainoo dan Amad Diallo.

Sir Jim Ratclifffe bersedia membantu kewangan pasukan bagi membawa masuk beberapa pemain baru dalam memperkuatkan lagi jentera serangan dan pertahanan pasukan.

United memiliki pilihan pemain yang terhad di bahagian pertahanan dan serangan pasukan pada musim lalu ditambah lagi dengan masalah kecederaan yang teruk sehinggakan pasukan menamatkan saingan di tangga ke-8 liga.

Pihak tertinggi Manchester United bersedia memberikan bajet sebanyak RM838.3 juta (£140 juta) kepada Erik Ten Hag dalam merekrut pemain-pemain baru.

Malah nilai tersebut mampu meningkat sekiranya United menjual beberapa pemain yang tidak berada dalam perancangan Ten Hag seperti Jadon Sancho dan Mason Greenwood.

Pemergian Anthony Martial dan Raphael Varane memberikan petanda bahawa Erik Ten Hag akan mendapatkan seorang penyerang dan seorang pemain pertahanan tengah bagi musim hadapan.

Marcus Rashford dan Anthony yang bermain di bawah prestasi terbaik mereka juga menyebabkan jentera serangan United tumpul pada musim lalu,

United dilaporkan berminat dengan khidmat pemain pertahanan Everton, Jarrad Branthwaite yang baru berusia 21 tahun dan telah melancarkan bidaan sebanyak RM209.5 juta (£35 juta) untuk pemain tersebut.

Selain itu, penyerang Wolves iaitu Matheus Cunha turut menjadi sasaran The Red Devils bagi memberikan lebih banyak pilihan kepada Erik Ten Hag di bahagian serangan.