Asia Tenggara
Jordi Amat
Advertisements

Penerapan sistem latihan bertaraf dunia di Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah membantu pertahahan Indonesia, Jordi Amat mengekalkan prestasinya dengan cukup efektif.

Advertisements

Pertahanan berusia 31 tahun diturunkan dalam kesebelasan utama Sang Garuda tatkala mereka berhadapan dengan juara dunia, Argentina di Gelora Bung Karno.

Bekas bintang Swansea City itu memainkan peranan yang cukup penting untuk mengemudi benteng pertahanan Indonesia bersama-sama Elkan Baggott dan juga Rizky Ridho.

Advertisements

Beliau beberapa kali mengekang asakan bertali arus lawan selain merantai pergerakan penyerang Manchester City, Julian Alvarez.

Jordi memperagakan aksi yang cukup konsisten dan bertenaga dalam perlawanan berintensiti tinggi itu sambil tenang menyerap asakan lawan.

Advertisements

Bintang kelahiran Sepanyol ini memanfaatkan regim latihan di JDT yang berintensiti tinggi untuk terus dominan di atas padang.

Malah, beliau yang menjadi pilihan utama di bawah kendalian Tano Solari tidak berdepan masalah untuk membantu Indonesia mengawal tempo yang sepatutnya.

Sistem latihan yang efektif di samping bantuan teknologi canggih telah membentuk semula kecergasan Jordi Amat yang lebih banyak memanaskan bangku simpanan musim lalu.

Jordi memenangi hampir kesemua pertarungan bola di udara di samping mudah membentuk persefahaman bersama rakan sepasukan dengan hanya dibolosi satu gol pada babak pertama.

Argentina bagaimanapun melakar kemenangan 2-0 hasil jaringan Leandro Parades dan juga Christian Romero.

Pendedahan ini juga merupakan antara yang terbaik diperoleh Amat di pentas antarabangsa sungguhpun memiliki pengalaman yang luas dalam arena bola sepak Eropah.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram