Bulu Roma Meremang, SIUU Faisal Halim Bergema Di Gong Badak
Dunia
Anoktranung.my
Advertisements

Pemain sayap pasukan Terengganu FC, Faisal Halim terus menjadi sandaran utama buat pasukan terutamanya ketika membenam cabaran Kuching City FC semalam.

Beliau yang mesra disapa ‘Mickey’ turun dalam kesebelasan utama pasukan tampil dengan cukup bertenaga untuk menyukarkan tugas barisan pertahanan lawan.

Kelibat pemain berusia 24 tahun ini jelas menjadi nadi kepada pasukan kendalian Nafuzi Zain sekaligus membantu mereka mara ke separuh akhir Piala FA.

Advertisements

Gerakan Faisal sering mengundang padah buat barisan pertahanan lawan namun apa yang lebih menarik adalah sambutan daripada para penyokong pasukan tersebut yang tidak berbelah bahagi.

Momen indah buat Faisal hadir menjelang wisel penamat apabila beliau menerima hantaran daripada sepakan penjuru Terengganu.

Peluang keemasan ini tidak disia-siakan apabila beliau berjaya melepasi kawalan barisan pertahanan Kuching sebelum melepaskan satu rembatan kencang untuk gol keempat pasukan.

Advertisements

Gol ini menjadi lebih hangat apabila bekas bintang Sri Pahang ini meluru ke arah penyokong untuk membuat aksi seperti bintang terkenal dunia, Cristiano Ronaldo.

Sambutan ini mendapat respon yang cukup positif oleh penyokong di Gong Badak yang keghairahan Faisal disusuli dengan laungan ‘Siuu’ yang bergema kuat.

Faisal kini menjadi antara bintang paling berbisa untuk terus merobek gawang lawan menerusi kelincahan beliau di atas padang.

Advertisements

Ini sekaligus memastikan mereka layak ke peringkat separuh akhir untuk kekal bersaing dalam kejohanan ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram