“Skuad Ini Kembalikan Era Gemilang Malaysia”
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Kecemerlangan prestasi yang ditampilkan oleh Malaysia dalam beberapa tahun kebelakangan ini mendapat pujian dan perhatian lagenda bola sepak negara, Dollah Salleh.

Bekas penyerang kebangsaan itu melihat pasukan negara kini dalam momentum terbaik untuk membentu satu era ’emas’ baharu buat Harimau Malaya.

Beliau ketika ditemui di Majlis Pelancaran Pestabola Merdeka di Wangsa Maju menjelaskan, kembalinya penganjuran kejohanan ini sebagai satu langkah untuk menambat semula hati pasukan gergasi Asia untuk menyertainya.

Advertisements

“Saya sudah memberitahu bahawa dengan adanya barisan pemain sekarang, kembalinya era kegemilangan bola sepak negara.”

“Ini mengingatkan saya kepada skuad negara era 70an dan 80an dengan prestasi skuad negara sekarang,” jelasnya kepada MakanBola.

Bekas pengendali Sri Pahang ini melihat bahawa skuad semasa Malaysia mampu memberikan impak berbeza dengan kualiti dan latihan di bawah kendalian Kim Pan-gon.

Advertisements

“Saya percaya pemain kita boleh mencipta kejayaan di Pestabola Merdeka.”

Malaysia bakal berdepan India untuk aksi pertama Pestabola Merdeka 2023 pada 13 Oktober sebelum berpeluang menentang Lubnan dan Palestin sebagai lawan di pentas final yang diadakan pada 17 Oktober bagi aksi berikutnya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram