Advertising
Skuad Muda JDT Malukan Kashima Antlers
MakanBola
Johor Southern Tigers

Skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) Bawah 13 Tahun (B-13) mempamerkan aksi mantap dengan menewaskan Kashima Antlers dalam aksi persahabatan antarabangsa.

Selepas meraih gelaran juara Singapore Youth League (SYL) musim 2024 untuk kategori B-13, skuad muda JDT terus berusaha mengekalkan prestasi mantap.

Ini membawa kepada aksi persahabatan antarabangsa dengan pasukan B-13 kelab J1 League itu hari ini.

Ad

Perlawanan tersebut menyaksikan skuad muda Harimau Selatan meraih kemenangan besar 4-0 ke atas Kashima Antlers.

Ad

Sebaik keputusan perlawanan disiarkan di platform Johor Southern Tigers (JST), ramai penyokong JDT teruja dengan keputusan tersebut.

Antara penyokong yang mengucapkan tahniah ialah seorang pengguna Facebook bernama Jamuna Mat Noor. “Alhamdulillah. Tahniah JDT B-13, terbaik. Luaskan kuasamu JDT B-13,” katanya.

Ad
Ad

Seorang lagi penyokong bernama David Tan Yoeng Kang pula seronok melihat pasukan itu mengalahkan kelab Jepun. “Mantap, dapat menang (dengan pasukan) akademi Jepun,” ujarnya.

Pencapaian ini dijangka menjadi pembakar semangat pasukan itu untuk mengharungi tahun 2025.