Advertisement
Skuad Muda JDT Mudah Atasi Wakil Indonesia & Filipina
Asia Tenggara
MakanBola
Johor Southern Tigers

Skuad muda Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) terus menunjukkan prestasi baik dalam saingan La Liga Youth Tournament 2024.

La Liga Youth Tournament merupakan kejohanan bola sepak remaja pertama dunia yang dilesenkan oleh La Liga. Kejohanan ini bertujuan mencari bakat-bakat baru yang boleh diketengahkan dari Asia terutama di Asia Tenggara.

Pasukan yang bertanding bukan saja bersaing memburu kejuaraan. Malah, pemain terbaik kejohanan akan terpilih menerima biasiswa untuk menyertai kem latihan La Liga di Madrid, Sepanyol.

JDT menghantar dua pasukan untuk kejohanan itu iaitu pasukan Bawah 12 Tahun (B-12) dan Bawah 15 Tahun (B-15). Kedua-dua pasukan ini menunjukkan prestasi yang bagus dalam saingan La Liga Youth Tournament 2024.

Menerusi satu perkongsian yang dimuat naik oleh Johor Southern Tigers, skuad JDT B-12 melakar tiga kemenangan termasuk membelasah wakil Indonesia, Nanda FA 7-0.

Sementara JDT B-15 pula merekodkan dua kemenangan termasuk merekodkan kemenangan bergaya 3-0 ke atas wakil Filipina, Layola FC. Kedua-dua pasukan berharap dapat meneruskan momentum untuk memburu kejuaraan dalam kategori umur masing-masing.

Selepas Malaysia, La Liga Youth Tournament 2024 akan dibawa ke destinasi seterusnya di Filipina dan berlangsung dari 18 hingga 20 Oktober ini.