Advertising
Skuad Muda JDT Muncul Juara Di Singapura
MakanBola
Johor Southern Tigers

Skuad muda Johor Darul Ta’zim (JDT) membuka tahun 2025 dengan pencapaian juara saingan Singapore Youth League (SYL).

Pencapaian itu dilakar skuad JDT Bawah 13 Tahun (B-13) dan JDT B-15 dengan memenangi Divisyen 1 kategori umur masing-masing.

Ad

JDT B-13 muncul juara Divisyen 1 B-13 dengan meraih 31 mata selepas 11 perlawanan. Lebih menarik, pasukan itu kekal tanpa kalah dengan merekodkan 10 kemenangan dan satu keputusan seri.

Ad

JDT B-15 pula muncul juara Divisyen 1 B-15 selepas meraih 36 mata daripada 13 perlawanan. JDT B-15 meraih kemenangan sebanyak 12 kali dan hanya tewas sekali.

Satu-satunya kekalahan pasukan itu direkodkan dalam aksi terakhir Divisyen 1 menentang Lion City Sailors pada 9 November 2024. JDT B-15 tewas tipis 1-0 kepada skuad muda The Sailors.

Ad

Kekalahan itu dilihat menebus kehampaan dibelasah JDT 5-1 dalam aksi pada 27 Ogos 2024.

Ad

Selain memiliki rekod kemenangan yang hebat, kedua-dua pasukan turut memiliki selera gol yang tinggi. Kedua-dua pasukan masing-masing merekodkan 61 dan 72 gol sepanjang kempen mereka.

Ad

Skuad muda Harimau Selatan turut memiliki rekod bolos yang sukar digugat pasukan-pasukan lain dalam Divisyen 1 SYL.

Skuad JDT B-13 hanya dibolosi empat kali dalam 11 perlawanan liga. Angka sama turut direkodkan skuad JDT B-15 selepas mengharungi 13 perlawanan liga.