Skuad Muda JDT Tewas 2-1 Kepada Terengganu
MFL
Johor Southern Tigers
Advertisements

Skuad Terengganu FC II berjaya membalas dendam kekalahan skuad senior mereka kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) FC pada Jun lalu dengan menundukkan JDT FC II 2-1 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

Selepas tewas kepada lawan sama dalam perlawanan Piala MFL pada 21 Jun lalu, skuad Peteh yang dibimbing Hairuddin Omar berazam tidak mahu kecewa lagi.

Dan tuan rumah tidak menunggu lama berada di hadapan menerusi Syahmi Zamri pada minit ke-12.

Advertisements

Bagaimanapun, Terengganu FC II kehilangan bek kanan mereka, Tuan Ahmad Muqris Tuan Noor Marzuki akibat kecederaan selepas pemain tengah JDT FC II, Daryl Sham tersiku lehernya.

Susulan itu, bek muda berusia 23 tahun itu diusung keluar dari padang sebelum dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Advertisements

Insiden tersebut semakin mendorong skuad muda Penyu memburu gol kedua. Dan mereka mendapatnya pada minit akhir babak pertama menerusi sepakan penalti Muslihuddin Atiq Mat Zaid.

Bersambung pada babak kedua, pemain gantian Harimau Selatan, Najmuddin Akmal Kamal Akmal merapatkan jurang untuk pasukan pelawat.

Advertisements

Bagaimanapun, gol tersebut tidak cukup untuk menyuntik kebangkitan JDT FC II dengan keputusan 2-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

Keputusan ini membolehkan mereka memintas JDT FC II sebagai pendahulu Liga Juara Piala MFL dengan empat mata selepas dua perlawanan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram