Dunia
Kerteh FC
Advertisements

Kerteh FC mengumumkan bakal menghantar skuad muda bawah 18 tahun menyertai saingan divisyen 2 La Liga pada Jun 2024 nanti.

Kejohanan yang dikenali sebagai La Liga Youth League 2024 itu bakal dianjurkan di Kuala Lumpur dimana skuad bawah 18 tahun ini bakal bertanding dalam kategori bawah 21 tahun.

Menurut Kerteh FC, penyertaan tersebut bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengalaman serta kesinambungan program pembangunan bola sepak mereka.

Advertisements

Juara liga tersebut bakal memperoleh kemasukan percuma bagi pertandingan seterusnya iaitu La Liga Youth Tournament Manila/Bangkok 2024.

Kelab yang dikenali sebagai The Oilers dalam kalangan penyokong bola sepak merupakan antara kelab komuniti yang giat mengembangkan bakat-bakat muda dalam arena bola sepak tempatan.

kerteh u18 Skuad Muda Kerteh Sertai Saingan Divisyen 2 La Liga
Kerteh FC

Pada May tahun lalu, Kerteh telah melantik bekas Pengarah Pembangunan Espanyol iaitu Oscar Riera selaku Penasihat Teknikal Kerteh FC untuk mendapatkan metodologi latihan terbaik dan berkualiti.

Advertisements

Kerteh sebelum ini turut menubuhkan Koperasi Kelab Penyokong Bola Sepak Kerteh Berhad yang bertujuan untuk mengembalikan kelab kepada komuniti dan penyokong pada masa hadapan.

Pihak koperasi akan diberi tanggungjawab menguruskan aset komersil kelab dengan aset-aset ini akan dipindah milik kepada koperasi secara berperingkat.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram