Advertising
Kerteh FC Tubuhkan Koperasi Kelab Penyokong
MakanBola
Kerteh FC

Kelab bola sepak yang berpangkalan di Kerteh, Terengganu, Kerteh FC terus mengorak langkah dengan pelbagai inisiatif komuniti yang menghubungkan kelab dan penyokong.

Terbaru, kelab yang diberi jolokan The Oilers itu telah menubuhkan koperasi kelab penyokong mereka sendiri.

Perkara tersebut diumumkan menerusi satu hantaran di media sosial rasmi Kerteh FC beberapa hari yang lalu.

Ad

Penubuhan Koperasi Kelab Penyokong Bola Sepak Kerteh Berhad bertujuan mengembalikan kelab kepada komuniti dan penyokong pada masa hadapan.

Pihak koperasi akan diberi tanggungjawab menguruskan aset komersil kelab dengan aset-aset ini akan dipindah milik kepada koperasi secara berperingkat.

Ad
Ad

Bagi merealisasikan usaha ini, The Oilers bakal mengadakan mesyuarat penubuhan ahli lembaga pengarah dan ahli jawatankuasa koperasi kelab.

Mesyuarat ini akan diadakan di Dewan Sivik Kerteh pada 6 Januari 2024 dari jam 2.00 petang hingga 5.00 petang.

Kerteh turut menyediakan borang pendaftaran ahli koperasi kepada penyokong yang berminat. Borang boleh diisi menerusi pautan yang disediakan di bawah.

Klik Di Sini: Borang Ahli Koperasi Penyokong Kerteh FC