Skuad Muda Sabah Atasi Sulaman FC 7-4
Persahabatan
Sabah FC
Advertisements

Skuad Sabah Bawah 23 Tahun (B-23) membuka kempen pra-musim 2024/25 dengan langkah kanan apabila membelasah Sulaman FC 7-4.

Skuad muda Badak yang dibimbing Johnny Dominicus tampak bersemangat lebih-lebih lagi diketuai bekas penyerang kebangsaan, Rozaimi Abdul Rahman.

Walau bagaimanapun, mereka dikejutkan dengan gol awal Sulaman menerusi satu sepakan percuma yang menewaskan penjaga gol, Mohd Azlizan Azlan.

Advertisements

Sabah menyamakan kedudukan menerusi pemain tengah, Nureizkhan Isa. Hamran Peter kemudiannya meletakkan pasukan itu di hadapan menerusi satu rembatan cantik menembusi gol lawan.

Sulaman semakin ketinggalan apabila Nureizkhan sekali lagi mencipta nama sebagai penjaring. Hamran melepaskan rembatan dari luar kotak penalti bagi menjadikan kedudukan 4-1.

Penyerang Sulaman, Kalis Meman berjaya melepasi kawalan beberapa pemain Sabah sebelum meledakkan gol kedua mereka.

Advertisements

Rozaimi mengembalikan kelebihan Sabah dengan menyumbat dua gol. Keputusan 6-2 kekal sehingga rehat separuh masa.

Bersambung pada babak kedua, Sulaman berusaha mengurangkan defisit gol mereka. Kalis sekali lagi menjadi duri dalam daging tuan rumah dengan meledakkan gol ketiga pelawat.

Sabah berjaya menambah satu lagi gol menerusi hatrik Rozaimi. Sulaman menyumbat gol keempat perlawanan menerusi penalti yang menewaskan Azlizan.

Advertisements

Sabah berusaha memburu gol tambahan tetapi keputusan 7-4 kekal sehingga tamat perlawanan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram