Skuad ‘Piala Presiden’ Jepun Selamba Tapau Pasukan Korea Selatan U23 Untuk Mara Ke Separuh Akhir
Asia
Advertisements

Mungkin tidak ramai yang sedar bahawa pasukan Jepun yang mengesahkan tempat ke saingan separuh akhir kejohanan Piala Asia B23 2022 ini sebenarnya terdiri daripada pemain-pemain pasukan ‘Piala Presiden’ dari negara itu.

Perkara ini bukanlah sesuatu yang aneh untuk Jepun kerana mereka sudah banyak kali menghantar skuad yang lebih muda dari kategori umur yang dibenarkan sebagai contoh ketika kejohanan yang sama untuk edisi 2018 di China.

Semalam, skuad yang dibimbing oleh ketua jurulatih Go Oiwa ini berjaya ‘tapau’ pasukan Korea Selatan dengan keputusan 3-0!

Advertisements

Lebih menarik lagi, hampir 1/3 dari skuad Jepun B23 ke Uzbekistan ini juga merupakan pemain ‘Piala Belia’ kerana berusia bawah 19 tahun.

Apa Sebab Utama Jepun Hantar Skuad Bawah 21 Tahun?

Pastinya ramai tertanya apakah sebab Jepun mengambil risiko menghantar skuad ‘Piala Presiden’ sahaja untuk menyertai kejohanan bertaraf Asia ini.

Menurut artikel yang dikeluarkan oleh pihak JFA melalui laman web rasmi mereka, ketua jurulatih Go Oiwa menjelaskan bahawa mereka mempunyai misi lain untuk dicapai dari skuad ini.

Advertisements

“Kejohanan Piala Asia B23 ini akan mempunyai impak besar kepada kejohanan edisi 2 tahun akan datang, dimana ia juga bakal menjadi kelayakan ke Sukan Olimpik Paris. Jadi, kami akan memberikan segala tenaga untuk menang kejohanan ini.”

“Kami mahu mencari kemenangan, satu perlawanan pada setiap masa dan dalam proses itu kami harap dapat mempertingkatkan lagi pasukan kami baik secara individu atau berpasukan.”

Pada aksi separuh akhir nanti, Jepun akan berdepan cabaran dari tuan rumah, Uzbekistan dalam misi mereka untuk mara perlawanan akhir seterusnya menjulang kejuaraan. Mampukah mereka untuk muncul juara dengan menggunakan skuad ‘Piala Presiden’ ini?

Advertisements

Sama-sama kita tunggu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram