SMJ Cup: Sabah Muncul Juara, Tundukkan KL City
Persahabatan
MakanBola
KL City FC
Advertisements

Aksi perlawanan akhir SMJ Cup malam ini menyaksikan pertembungan diantara Sabah menentang KL City berakhir dengan keputusan 1-0.

KL City mempertaruhkan beberapa pemain kebangsaan seperti Azri Ghani, Brendan Gan dan juga Paulo Josue.

Advertisements

Sementara Sabah, tetap mengekalkan Park Tae-Sung sebagai ketua pasukan dan Darren Lok menjadi penggempur utama pasukan

Pemain tengah KL City, Brendan Gan dilayangkan kad kuning pertama selepas mengasari pemain lawan pada minit ke-35 permainan. 

Advertisements

Pada minit ke-41 permainan, penyerang Sabah, Darren Lok terpaksa dikeluarkan dengan lebih awal akibat kecederaan. Jafri Chew menggantikan posisi yang ditinggalkan. 

Seminit sebelum tamat permainan, pemain Sabah berjersi nombor 10, Telmo hampir membuka jaringan, namun sepakannya tersasar. 

Advertisements

Separuh masa pertama tamat, Sabah 0-0 KL City.

Pada minit ke-63 permainan, penyerang import Sabah, Ramon Machado membuka jaringan pertama pasukan menerusi sepakan penalti. 

Advertisements

KL City hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-82 permainan. Namun, tandukkan Haqimi Azim tidak dikira kerana offsaid.

Lima minit masa tambahan tidak mampu mengubah keputusan perlawanan, Sabah muncul juara Piala Sabah Maju Jaya bagi edisi aksi pra-musim kali ini.

Advertisements

Selepas ini, kedua pasukan ini bakal memulakan kempen Liga Super pada minggu hadapan 12 Mei. Sabah akan bertemu Penang dan KL City akan berdepan Kuching City.

Advertisements

News Comments Account