Sofyan Amrabat Sanggup Jaga Gawang Demi Man United
EPL
Manchester United
Advertisements

Pemain tengah baru Man United, Sofyan Amrabat mengakui bersedia mengisi apa saja peranan termasuk penjaga gol bagi membantu pasukan.

Ini selepas aksi Piala EFL hari ini menentang Crystal Palace menyaksikan Amrabat diturunkan di posisi bek kiri dan bukannya posisi pemain tengah. United kemudiannya memenangi perlawanan tersebut dengan keputusan 3-0.

Bagi pemain tengah Maghribi itu, beliau tidak kisah mengisi posisi mana yang diminta pengurus Erik ten Hag. Selagi mana itu membantu The Red Devils meraih kemenangan, maka itu sudah cukup buat Amrabat.

Advertisements

“Ya, saya ada beritahu pengurus (Erik ten Hag) untuk letakkan saya di posisi mana yang diperlukan pasukan walaupun sebagai penjaga gol. Saya akan cuba bermain untuk membantu pasukan.

“Hari ini saya bermain di bek kiri tetapi saya juga diberi peranan bebas. Saya juga banyak bermain sebagai pemain tengah bertahan (hari ini). Jadi, ianya bagus (untuk pasukan),” katanya bila ditemubual Sky Sports selepas perlawanan awal pagi ini.

Mentaliti beliau ini mendapat pujian ramai penyokong Manchester United di media sosial kerana mendahulukan pencapaian pasukan daripada mengejar kepentingan peribadi.

Advertisements

Ramai penyokong mengharapkan mentaliti Amrabat ini dapat diteruskan dalam perlawanan-perlawanan seterusnya termasuk perlawanan EPL menentang lawan sama pada Sabtu ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram