Naturalisasi K-Pop, Song Ui-Young Menyanyikan Lagu Singapura Dengan Penuh Semangat
Piala AFF
Lions of ASIA
Advertisements

Pemain naturalisasi terbaru Singapura dari Korea Selatan, Song Ui-young dirakam menyanyikan lagu kebangsaan Singapura dengan penuh semangat.

Kejadian tersebut berlaku dalam aksi pertamanya bersama skuad kebangsaan Singapura ketika mereka memperoleh kemenangan bergaya 3-0 menewaskan Myanmar.

Aksi beliau dalam perlawanan pertamanya itu turut menerima pujian penyokong Singapura yang berpuas hati dengan aksi pemain kelahiran Incheon, Korea Selatan tersebut selain menjadi watak penting untuk jaringan ke-2 perlawanan.

Advertisements

Sementara itu ketua jurulatih Singapura, Yoshida jelas gembira dengan aksi pemain Korea berkenaan.

“Kami mempunyai beberapa pemain yang merakam debut dalam kejohanan ini, seperti Shawal dan Song Ui-Young. Mereka menunjukkan potensi dan kebolehan mereka membantu pasukan.” Jelas Tatsuma Yoshida.

Song Ui-young menerima kerakyatan Singapura pada Ogos 2021 dan cemerlang beraksi bersama Lion City Sailors.

Tindakan Song Ui-Young menyanyikan lagu kebangsaan Singapura disamping beraksi bermati-matian ketika mewakili negaranya wajar diberikan pujian dan dijadikan contoh buat negara lain yang mengambil pemain naturalisasi.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram