Goh Soon Huat dan Shevon Lai kini menjadi beregu campuran utama Malaysia.
Ini susulan kemas kini ranking Persekutuan Badminton Sedunia (BWF) bakal meletakkan Soon Huat-Shevon sebagai beregu campuran ketiga dunia.
Ini membolehkan mereka memintas rakan senegara, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei. Sebelum ini, Tang Jie-Ee Wei menduduki ranking ketiga dunia.
Soon Huat-Shevon dilihat konsisten apabila memasuki tahun 2025. Ini kerana mereka berjaya mara ke peringkat separuh akhir Malaysia Open 2025 dan India Open 2025 serta suku akhir Indonesia Masters 2025.
Perubahan ranking terbaru ini dilihat bakal menyuntik semangat buat Soon Huat-Shevon. Ini selepas mereka menjadi sebahagian daripada kontinjen negara yang tersingkir dalam saingan Badminton Asia Mixed Team Championship (BAMTC) 2025.
Soon Huat-Shevon berharap dapat meraih kejuaraan pertama tahun 2025 apabila Jelajah Dunia BWF kembali bersambung pada Mac ini.
Kali terakhir mereka meraih gelaran juara ialah tahun 2024 menerusi saingan Malaysia Masters 2024. Penampilan final terakhir mereka ialah final China Open 2024.