Advertisement
Speedy Tigers Berdepan Ujian Berat Hadapi Australia
UltraSukan
UltraSukan
MHC

Skuad hoki Malaysia Speedy Tigers A bakal memulakan usaha mempertahankan Piala Mirnawan Nawawi dengan turun menentang Australia All Star esok.

Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Fateen Shazwani Ruzaiman hari ini di X.

Selain mereka, Malaysia turut memiliki satu lagi wakil dalam kejohanan iaitu Malaysia Speedy Tigers B.

Dua pasukan ini dihantar oleh Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) sebagai cara bukan saja menggilap barisan pelapis yang bakal beraksi dalam Piala Dunia Remaja.

Bahkan, ini peluang buat barisan pemain muda hoki ini mendapat pendedahan menentang pasukan-pasukan bertaraf antarabangsa.

Selain Australia All Star, dua pasukan Speedy Tigers ini bakal berdepan Afrika Selatan dan Persatuan Hoki Odisha dari India.

Selain skuad lelaki, MHC turut menghantar skuad Malayan Tigress A dan B ke Piala Mirnawan Nawawi. Mereka bakal berdepan tentangan Afrika Selatan, Persatuan Hoki Odisha dari India, Australia All Star dan Jepun.

Biarpun berdepan tugas sukar menentang Australia All Star esok, tidak mustahil The Speedy Tigers A mampu melakar kejutan ke atas lawan mereka itu esok.