Spurs Pecat Igor Tudor
MakanBola
TOTTENHAM HOTSPUR

Tottenham Hotspur (Spurs) mengambil tindakan drastik dengan memecat jurulatih Croatia, Igor Tudor.

Berita pemecatan tersebut diumumkan Spurs dalam satu kenyataan di laman sesawang rasmi mereka. Pengurusan kelab mengesahkan keputusan ini dibuat secara persetujuan bersama.

“Kami boleh mengesahkan bahawa ia telah dipersetujui bersama untuk Ketua Jurulatih Igor Tudor meninggalkan Kelab berkuat kuasa serta-merta.”

Selain Igor Tudor, Tomislav Rogic & Riccardo Ragnacci turut meninggalkan kelab dan kelab mengucapkan terima kasih atas komitmen selama 6 minggu di Tottenham Hotspur.

“Tomislav Rogic dan Riccardo Ragnacci juga telah meninggalkan peranan masing-masing sebagai Jurulatih Penjaga Gol dan Jurulatih Fizikal.”

“Kami berterima kasih kepada Igor, Tomislav dan Riccardo atas usaha mereka selama enam minggu yang lalu, di mana mereka bekerja tanpa jemu. Kami juga mengakui kesedihan yang dialami Igor baru-baru ini dan menghantar sokongan kami kepada beliau dan keluarganya pada masa yang sukar ini,” kata Spurs dalam satu hantaran di laman media X milik kelab.

Untuk rekod, Igor Tudor hanya sempat menggalas tugas sebagai ketua jurulatih Tottenham Hotspur selama tujuh perlawanan sejak 14 Februari lalu, dengan catatan lima kekalahan, satu kemenangan dan satu keputusan seri dalam dua kejohanan iaitu EPL dan UCL.