Sri Pahang Hadapi Dua Aksi Pra-Musim Di Singapura
Liga Super
Sri Pahang FC
Advertisements

Singapura bakal menjadi destinasi pilihan Sri Pahang bagi menghadapi dua aksi persahabatan menentang kelab di sana menjelang saingan Liga Malaysia 2024-2025.

Perkara ini diumumkan oleh Sri Pahang menerusi satu hantaran di media sosial rasmi pasukan yang memaparkan poster beserta jadual dua aksi pra-musim menentang Albirex Niigata dan Geylang International.

Anak-anak buah Fandi Ahmad dijadualkan turun menentang juara Liga Singapura 2023, Albirex Niigata pada perlawanan pertama 16 April hadapan.

Advertisements

Berselang dua hari kemudian, Geylang International yang menduduki tangga kelima Liga Singapura musim lalu bakal menjadi lawan kedua skuad Tok Gajah sebelum menutup aksi pra-musim di Kota Singa.

Namun begitu, venue bagi kedua-dua aksi dan maklumat lanjut berkaitan kehadiran penonton serta penjualan tiket masih belum dimaklumkan oleh mana-mana pihak secara rasmi.

Aksi pra-musim di Seberang Tambak ini merupakan salah satu perancangan Sri Pahang bagi mempersiap pasukan menghadapi cabaran musim baharu setelah menamatkan saingan Liga Super musim lalu di tangga kelima.

Advertisements

Sri Pahang bakal memulakan saingan Liga Super 2024-2025 menentang Kelantan Darul Naim di Stadium Temerloh pada 11 Mei hadapan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram