Sri Pahang & Izham Tarmizi Berpisah
Transfer
Sri Pahang FC
Advertisements

Penjaga gol Sri Pahang FC, Izham Tarmizi Roslan sah tidak lagi bersama pasukan Pantai Timur itu.

Ini selepas pengurusan Tok Gajah memaklumkan sesi latihan yang disertai beliau pada hari ini merupakan sesi latihan terakhirnya sebelum meninggalkan pasukan.

“Sesi (latihan) terakhir untuk penjaga gol kita, terima kasih Izham Tarmizi. Meninggalkan pasukan dengan rasa syukur dan memori yang tidak terkira. Semoga terus mengorak langkah gemilang dalam karier,” kata pengurusan kelab dalam satu kenyataan.

Advertisements

Selepas tamat sesi latihan, Izham menggunakan ruang masa yang ada untuk mengucapkan kata-kata perpisahan kepada barisan pemain dan staf kejurulatihan Sri Pahang.

Bekas penjaga gol kebangsaan berusia 33 tahun itu dilaporkan bakal kembali menyertai JDT sebelum saingan Liga Malaysia (Liga M) membuka tirainya pada bulan hadapan.

Advertisements

Izham dijangka mengisi kekosongan yang ditinggalkan Haziq Nadzli yang berhijrah ke Perak FC secara pinjaman semusim.

Sepanjang bersama Sri Pahang pada musim lepas, beliau merekodkan enam rekod tanpa bolos daripada 19 perlawanan liga musim 2023.

Advertisements

Tok Gajah akan memanfaatkan khidmat bekas penjaga gol Penang FC, Azfar Arif dan Zarif Irfan Hashimuddin sebagai penjaga gol untuk musim 2024/25.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram