Sri Pahang Lelong Jersi Dengan Harga Tak Masuk Akal
Liga Super
Sri Pahang
Advertisements

Kelab Liga Super, Sri Pahang FC baru-baru ini telah mengumumkan kontrak bersama penaja kit dan kelengkapan sukan, Hakka Clo telah tamat pada 31 Disember yang lalu.

Hakka Clo merupakan penaja kit dan kelengkapan sukan buat pasukan Sri Pahang untuk dua musim berturut-turut iaitu pada musim 2022 dan 2023.

“Terima kasih Hakka Clo! Perjalanan bersama selama dua tahun tiba ke penghujungnya. Kontrak bersama Hakka Clo yang telah menjadi penaja kit dan kelengkapan sukan SPFC, secara rasminya berakhir pada 31 Disember lalu.

Advertisements

“Terima kasih Hakka Clo atas kerjasama hebat dan sokongan luar biasa yang telah ditunjukkan sepanjang musim Liga Malaysia 2022 dan 2023.

“Penghargaan tulus dari kami di SPFC, semoga maju jaya dan terus bergerak ke depan,” coret pihak pengurusan Sri Pahang di laman sosial rasmi pasukan.

Advertisements

Seiring penamatan kontrak oleh kedua-dua belah pihak, Hakka Clo telah memulakan jualan harga runtuh semua barangan dan produk-produk original Sri Pahang boleh didapati bermula dari harga serendah RM15 sahaja.

Jersi home, away dan jersi ketiga bagi player issue boleh boleh didapatkan dengan harga RM45 selepas diskaun 70 peratus daripada harga asal iaitu RM145.

Advertisements

Manakala jersi bagi fans issue boleh didapatkan dengan harga RM15 selepas diskaun 62 peratus daripada harga asal iaitu RM39.99.

Untuk membuat pembelian, penyokong perlu melayari laman sesawang Hakka Clo dan membuat pembayaran di situ.

Advertisements

Untuk rekod, Sri Pahang kendalian Fandi Ahmad telah menamatkan saingan Liga Super di tangga kelima dengan mengumpul 45 mata selepas 26 perlawanan. Pencapaian ini merupakan pencapaian terbaik pasukan selepas Sri Pahang diswastakan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram