Sri Pahang Masih Tagih Khidmat Muslim
Transfer
officialsripahang
Advertisements

Bekas pertahanan kebangsaan, Muslim Ahmad sah kembali perkuat pasukan Sri Pahang pada saingan Liga Malaysia musim 2022. Ini menyaksikan Muslim kekal bersama skuad Tok Gajah bagi musim keenam.

Perkara itu diumumkan oleh laman rasmi Instagram Sri Pahang apabila kembali menyenaraikan Muslim yang sebelum ini pemain berusia 32 tahun itu adalah diantara 14 pemain yang telah tinggalkan skuad Tok Gajah musim lepas.

Antara senarai 14 pemain yang tidak bersama pahang selain muslim adalah Fazly Mazlan ,Faisal Rosli, Ezanie Salleh, Arisazri Juhari, Helmi Eliza, Zazrir Naim dan Faizal Rani. Termasuk pemain import iaitu Herold Goulon, Abubakar Yakubu, Kennyy Athiu Aung Kaung Mann dan Hidalgo.

Advertisements

Bekas pemain Harimau Muda A ini telah menyertai Sri Pahang sejak tahun 2017 sehingga kini. Beliau merupakan tonggak utama pertahanan Sri Pahang dengan memenangi Piala FA pada tahun 2018.

Untuk rekod, muslim telah membuat penampilan sebanyak 65 perlawanan serta berjaya menjaringkan 3 gol buat Sri Pahang.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram