Sri Pahang Perlukan Barisan Penyerang Berkualiti
Liga Super
Sri Pahang FC
Advertisements

Jurulatih Sri Pahang FC, Fandi Ahmad mengakui pasukan itu memerlukan barisan penyerang berkualiti untuk tampil lebih cemerlang dalam liga musim hadapan.

Musim 2023 menyaksikan skuad Tok Gajah hanya menjaringkan 44 gol dengan kebanyakan gol disumbang peledak Liberia, Kpah Sherman.

Ini sama sekali berbeza dengan empat pasukan teratas mereka yang memiliki kelebihan gol yang besar. Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) menjaringkan 100 gol diikuti oleh Selangor FC (72 gol), Sabah FC (64 gol) dan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) (52 gol).

Advertisements

Ini berlaku disebabkan keempat-empat pasukan itu memiliki pemain import berkualiti terutama di bahagian serangan.

Hakikat ini disedari oleh Fandi selepas melihat tanggungjawab memburu gol Sri Pahang terpaksa digalas oleh Sherman sepanjang musim 2023.

Advertisements

Ini kerana dua penyerang sandaran, Lucas Silva dan Rafa Silva tidak dapat menyumbang gol tambahan yang diperlukan Sri Pahang.

Lucas Silva sebelum ini berehat panjang akibat kecederaan dan hanya membuat tujuh penampilan dalam Liga Malaysia (Liga M).

Advertisements

Sementara Rafa yang pernah beraksi untuk Barito Putera pula hanya merekodkan tiga gol dalam lapan perlawanan liga. Justeru, Fandi melihat penyerang import berkualiti sebagai kunci untuk memacu kecemerlangan Sri Pahang musim depan.

“Awal musim, sudah berapa ramai orang (Sri Pahang) cedera. Lucas (Silva) yang seharusnya jadi pemain utama kita dengan Kpah (Sherman) di depan, hanya beberapa perlawanan saja dia main.

Advertisements

“Shahmie (Izuan Amin) jarang-jarang main sebab kecederaan. Ejat (Zuhair Aizat Mohd Nazri) (jalani) pembedahan, Malik (Abdul Malik Mat Ariff) (jalani) pembedahan, terus tak main.

“Lucas cedera sebenarnya seluruh musimlah. Cuma beberapa perlawanan saja yang dia masuk sekejap. Jadi, kita mungkin kekurangan penyerang.

“Masalah kita di babak pertama walaupun kita turunkan pemain (import) antarabangsa, (seorang) pemain Asia. Nampak baik tetapi tak boleh tandingi kualiti (pemain import) pasukan-pasukan lain yang lebih tinggi.

“Jadi, kita harus perbaiki untuk musim depan (dan) boleh dapat pemain yang lebih berkualiti,” katanya kepada MakanBola baru-baru ini.

Sri Pahang menamatkan kempen Liga Super musim 2023 di tangga kelima selepas seri tanpa jaringan dengan KL City FC dalam aksi terakhir liga.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram