Transfer
Sri Pahang FC
Advertisements

Kelab yang dijolok dengan gelaran Tok Gajah, Sri Pahang FC terus memberikan berita baik kepada para penyokong dengan mengumumkan 8 muka baharu yang akan memperkuatkan pasukan bagi cabaran musim 2022 kelak. Sebelum ini, Sri Pahang mengumumkan Christophe Gamel selaku ketua jurulatih baharu kelab manakala Dollah Salleh akan bertindak selaku pengurus pasukan.

6 muka baharu di bahagian pertahanan, seorang di bahagian tengah dan seorang lagi di bahagian serangan menunjukkan bahawa Pahang serius dalam memperbaiki corak permainan serta kedudukan mereka dalam Liga Super. Musim 2021 yang lalu menyaksikan Sri Pahang sekadar menamatkan liga ditangaa ke-10 liga dengan mengutip 18 mata.

pahangg Sri Pahang Umum 8 Muka Baharu Dalam Sehari
Antara muka baharu yang diumumkan kelab Sri Pahang

Antara pemain baharu yang diumumkan kelab ialah Fandi Othman (pertahanan kiri, 29 tahun), Sean Gan Gianelli (tengah menyerang, 25 tahun), Faizal Mohd Arif (pertahanan kanan, 26 tahun), David Rowley (pemain tengah, 31 tahun), Wan Amirzafran (pertahanan tengah, 27 tahun), Azwan Aripin (pertahanan kiri, 25 tahun), Wan Mohd Syazmin (penjaga gol, 22 tahun) dan Johan Martial (pertahanan tengah, 30 tahun).

Advertisements

Salah satu perkara menarik dalam senarai pemain baharu Sri Pahang ialah pemain bernama Johan Martial, yang merupakan abang kepada pemain bola sepak terkenal yang beraksi bersama Manchester United, Anthony Martial. Namun Johan Martial beraksi di bahagian pertahanan dan berbeza dengan adiknya yang beraksi di bahagian serangan.

6 pemain baharu di bahagian pertahanan jelas menunjukkan Sri Pahang mahu memperbaiki kualiti pertahanan mereka setelah dibolosi sebanyak 37 kali dalam 22 perlawanan Liga Super musim lalu. Malah mereka turut menggunakan khidmat pemain berusia pada musim lalu seperti Herold Goulon, Mamadou Wague, Muslim Ahmad dan Nicholas Swirad.

David Rowley bakal memperkuatkan barisan tengah Sri Pahang bagi musim 2022

Ketibaan muka baharu di jentera pertahanan yang lebih muda bakal memberi kelainan serta mengimbangi skuad Sri Pahang pada musim ini. Malah kelab turut membawa masuk pemain berpengalaman, David Rowley dan pemain yang menyerlah pada musim lalu, Sean Gianelli bagi memperkuatkan barisan tengah. Sean berjaya menjaringkan 3 gol serta 2 assist dalam 9 penampilan liga beliau bersama kelab UiTM FC musim lalu.

Advertisements

8 pemain baharu diumumkan kelab dalam sehari nyata memberi kejutan kepada para penyokong skuad Tok Gajah. Malah berdasarkan kenyataan kelab menerusi satu hantaran di Facebook, dijangka bakal ada beberapa lagi muka baharu yang akan diumumkan kelab.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram