Sri Pahang vs Selangor: Sri Pahang Cemerlang Atasi Cabaran Selangor
Liga Super
Selangor FC
Advertisements

Kelebihan tuan rumah dimanfaatkan Sri Pahang FC hari ini apabila berjaya menewaskan Selangor FC 1-0 di Stadium Darul Makmur.

Separuh masa pertama menyaksikan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan. Malangnya, semua serangan yang direncana Merah Kuning dan Tok Gajah gagal membuahkan gol yang dicari.

Percubaan terbaik babak pertama ialah menerusi Faisal Halim. Tetapi sepakan derasnya dinafikan penjaga gol tuan rumah, Zarif Irfan Hashimuddin.

Advertisements

Bersambung pada babak kedua, Sri Pahang FC memperkemas rentak mereka. Dan penyokong tuan rumah ceria apabila Kevin Ingreso membuka tirai jaringan pada minit ke-50.

Tersentak, jurulatih Red Giants, Tan Cheng Hoe segera memasukkan Brendan Gan dan awang import terbaru mereka, Richmond Boakye untuk mengubah momentum perlawanan.

Advertisements

Tetapi kebangkitan yang dicari gagal direncanakan. Sebaliknya, Tok Gajah hampir menambah jaringan menerusi Ingreso pada minit ke-76 tetapi percubaannya melepasi palang.

Dengan Merah Kuning berdepan kesukaran menembusi pertahanan tuan rumah, jurulatih Sri Pahang FC, Fandi Ahmad memberi kemunculan pertama untuk penyerang baru mereka dari Brazil, Rafael Silva.

Advertisements

Pada akhirnya, tuan rumah meraih kemenangan berharga di Stadium Darul Makmur. Kedua-dua pasukan berkongsi 34 mata selepas 16 perlawanan tetapi Merah Kuning kekal di tempat kedua atas kelebihan gol.

Selepas ini, Tok Gajah bakal bertandang ke Stadium Likas pada 15 Julai ini untuk menentang Sabah. Manakala Selangor FC pula menentang Penang FC di Stadium MBPJ pada hari yang sama.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram