SSBJ Cipta Kejutan Ikat Spartak Trnava
Asia Tenggara
NFDP
Advertisements

Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) mengesahkan kemaraan ke separuh akhir kategori B-14 Piala Supermokh 2023 selepas membuat kejutan mengikat Spartak Trnava 1-1 hari ini.

SSBJ yang juga Akademi Zon Tengah Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) hanya perlu mengelak tewas dengan wakil Slovakia itu dalam aksi terakhir Kumpulan B.

Begitupun, SSBJ yang dibimbing Nik Juhaisham Tarmizi Juhari bermula dengan langkah kiri apabila dibolosi pada minit kesembilan menerusi Simon Sevcik.

Advertisements

Kelebihan fizikal yang dimiliki Trnava membolehkan mereka mengasak kubu SSBJ tetapi keputusan 1-0 kekal sehingga rehat.

Bersambung pada babak kedua, Nik Juhaisham mengubah taktik anak-anak buahnya. Perubahan yang dibuat berhasil apabila Akif Akimi Azizan menewaskan penjaga gol, Lukas Ivan Pavelka pada minit ke-51.

Advertisements

Kedua-dua pasukan terus berbalas serangan tetapi keputusan 1-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

Keputusan ini sudah cukup melayakkan SSBJ ke separuh akhir sebagai naib juara Kumpulan B mengiringi kelab Thailand, Buriram United.

Advertisements

Begitupun, SSBJ berdepan tugas sukar menentang wakil Jepun, Shonan Belmare di peringkat separuh akhir esok.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram