Stadium Baharu Selangor FC Dibina Akhir 2023
Komuniti
MBI
Advertisements

Proses pembinaan stadium baru Selangor FC, Kompleks Sukan Shah Alam bagi menggantikan Stadium Shah Alam yang ikonik dijangka bermula pada penghujung tahun ini.

Ini berdasarkan analisis yang dibuat penganalisis RHB Research, Adam Mohamed Rahim. Beliau menjangkakan pembangunan projek bernilai antara RM700 juta hingga RM1 bilion itu dilaksanakan selepas pertukaran tanah dibuat antara kerajaan negeri Selangor dengan pemaju.

“Berakhirnya pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri yang menyaksikan pengekalan status quo, meredakan ketidaktentuan politik yang membayangi sektor pembinaan selama ini.

Advertisements

“Melangkah ke hadapan, kerajaan pusat berkemungkinan akan mengukuhkan kedudukannya dengan menumpukan segala usaha ke arah melaksanakan program-program prasarana, dan menjalankan agenda pembaharuannya.

“Kemajuan pembangunan projek peringkat negeri mungkin akan bertambah. Projek yang dibiayai kerajaan seperti pembangunan semula Kompleks Sukan Shah Alam mungkin akan mula berjalan pada suku keempat,” katanya dalam satu nota penyelidikan.

Advertisements

Perkembangan ini dilihat selari dengan matlamat kerajaan negeri yang berharap projek ini dapat diselesaikan menjelang tahun 2026.

Sebelum ini, projek Kompleks Sukan Shah Alam diselubungi kontroversi ekoran dakwaan kos sebenar projek bakal mencecah RM3.2 bilion.

Advertisements

Bagaimanapun, ia dinafikan sekeras-kerasnya oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari. Malah, beliau menjangkakan pembinaan stadium baru itu hanya menelan kos sekitar RM800 juta hingga RM900 juta.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram