Advertising
Stadium Darul Makmur Guna Rumput Bermuda Tifgrand
MakanBola
PSDM

Stadium Darul Makmur (SDM) menggunakan rumput Bermuda Tifgrand bagi menggantikan rumput Cowgrass.

Perkara ini dikongsikan sendiri Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Pahang, Fadzli Kamal menerusi satu perkongsian di Facebook.

Ad

Rumput Bermuda Tifgrand menjadi pilihan untuk SDM kerana rumput tersebut jenis yang tahan lasak, lebih hijau dan tumbuh rapat. Rumput ini juga merupakan jenis rumput terbaru diperkenalkan dalam industri rumput padang sukan.

Ad

Hal ini menjadikan SDM sebagai stadium pertama di Malaysia yang menggunakan rumput tersebut.

“Alhamdulillah, projek ini yang bermula pada September lalu kini telah melalui fasa akhir apabila kerja-kerja penanaman rumput menggunakan keratan akar (stolon) telah mula dilakukan semalam.

Ad

“Rumput Bermuda Tifgrand yang ditanam di stadium ini adalah jenis yang terbaru dalam industri rumput padang sukan dan pertama seumpamanya di Malaysia. Rumput ini jenis yang tahan lasak, lebih hijau dan tumbuh rapat.

Ad

“Sistem siraman automatik (pop-up) juga telah siap dipasang dan berfungsi dengan baik menggunakan air kitaran semula dari air hujan yg mampu menyimpan air sebanyak 150,000 liter,” katanya dalam satu kenyataan.

Ad

Beliau menjangkakan rumput Bermuda Tifgrand matang sekitar Mac 2025 sebelum boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan termasuk aksi bola sepak.

Berita ini bakal menggembirakan penyokong Sri Pahang FC yang ingin melihat pasukan itu kembali beraksi di SDM.

Susulan kerja-kerja penambahbaikan termasuk penukaran rumput padang di SDM, pengurusan Sri Pahang memutuskan untuk mengadakan semua aksi pasukan itu di Temerloh sehingga akhir musim 2024/25.