Stadium International Jakarta Sedia Digunakan 5 Tahun Lagi
Asia
Jakintstadium
Advertisements

Setiausaha Agung PSSI, Yunus Nusi menyatakan bahawa Stadium Antarabangsa Jakarta (JIS) mungkin sedia digunakan oleh pasukan kebangsaan Indonesia dalam tempoh tiga hingga lima tahun lagi. 

Stadium tersebut kini telahpun disiapkan dan dirasmikan. Cuma terdapat beberapa pembangunan infrastruktur sokongan yang masih dijalankan di dalam dan luar stadium dengan kapasiti 82 ribu tempat duduk.

“Mungkin dalam tempoh tiga atau lima tahun akan datang, kita harap JIS hanya boleh menjadi venue perlawanan pasukan negara, kerana kita juga berharap ada disiplin untuk rakan penyokong menonton seperti yang diharapkan,” kata Yunus.

Advertisements

Dalam rekod PSSI, selepas membuat pengesahan, terdapat sekurang-kurangnya 10 perkara yang menjadi halangan untuk JIS digunakan.

Antaranya ialah akses pengangkutan dan laluan keluar masuk ke stadium, serta pembinaan bangunan yang masih belum sempurna.

Perkara itu menyebabkan PSSI membatalkan rancangan untuk mengadakan perlawanan ujian antara Pasukan Kebangsaan Indonesia menentang Curacao pada 27 September ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram