Stadium MBPJ Berwajah Baharu
MakanBola
Selangor FC

Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) kini berwajah baharu selepas kerja naik taraf stadium tersebut selesai baru-baru ini.

Perubahan ini dikongsikan MBPJ menerusi satu kenyataan di semua platform rasminya. Majlis Perasmian Projek Naik Taraf Stadium MBPJ telah disempurnakan oleh Datuk Bandar Petaling Jaya, Dato’ Hj. Mohamad Zahri Hj. Samingon.

Mohamad Zahri melihat projek itu mencerminkan komitmen berterusan MBPJ dalam menyediakan fasiliti sukan bertaraf tinggi untuk kejohanan berprestij seperti Sukan Malaysia (SUKMA).

Antara kerja naik taraf yang dijalankan di Stadium MBPJ ialah kerja-kerja naik taraf trek larian, sistem bekalan elektrik dan ๐‘‚๐‘›-๐‘†๐‘–๐‘ก๐‘’ ๐ท๐‘’๐‘ก๐‘’๐‘›๐‘ก๐‘–๐‘œ๐‘› (OSD), pembinaan bumbung penonton pelawat dan laluan pejalan kaki.

Selain itu, MBPJ turut melaksanakan kerja-kerja pengindahan dan pencahayaan kawasan luar, penaiktarafan landskap dan pemasangan sistem LED panel baharu.

Kesemua kerja naik taraf yang dilakukan dilihat dapat meningkatkan keselesaan, keselamatan serta kecekapan operasi stadium.

Penyempurnaan projek naik taraf Stadium MBPJ bukan saja menunjukkan stadium itu sudah bersedia untuk menganjurkan acara-acara SUKMA yang akan berlangsung dari 11 hingga 23 Ogos ini.

Malah, stadium ini juga dilihat sudah bersedia untuk memenuhi tuntutan perlawanan yang akan diharungi Selangor FC untuk kempen musim 2026/27.