“Stadium Baru Selangor Lebih Baik Dari Anfield” -MB Selangor
Dunia
Selangor TV
Advertisements

Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari menjanjikan bahawa stadium baharu pasukan Selangor bakal menjadi salah satu stadium terbaik di Malaysia.

Menurut satu kenyataan dalam sesi live sebentar tadi, Amirudin menjelaskan mengenai rancangan pembinaan stadium baharu tersebut.

Katanya, pihak beliau masih belum memutuskan sama ada mahu membina stadium baharu di tapak yang berlainan atau merobohkan Stadium Shah Alam dan menaik taraf semula.

Advertisements

Hal ini disebabkan terdapat beberapa perkara utama yang perlu diteliti oleh pihaknya terutamanya dari aspek keselamatan stadium menjadi keutamaan mereka.

Ketika ditanya sama ada stadium baharu ini akan menjadi lebih baik daripada Stadium Sultan Ibrahim, beliau hakikatnya mempunyai jawapan yang tersendiri.

“Stadium baru selangor is better than my team stadium Anfield,” jelas beliau sambil berseloroh.

Advertisements

Sungguhpun begitu, difahamkan masih terdapat beberapa elemen yang sedang diteliti dan perbincangan bagi keputusan akhir bakal menjadi penentu.

Walau bagaimanapun, pembinaan stadium yang dijangka mencecah RM 787 Juta ini bakal menjanjikan kepuasan kepada para penyokong The Red Giants dalam memacu lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram