Ads
Stadium Shah Alam Tak Lepas Satu Syarat Punca Belum Dirobohkan
Liga Super
Ahmad Rithauddin

Proses perobohan Stadium Shah Alam masih belum bermula susulan tidak memenuhi satu syarat penting yang telah ditetapkan.

Advertisements

Perkara ini dimaklumkan oleh Datuk Bandar Shah Alam Datuk Mohd Fauzi Mohd Yatim kepada Bernama berkenaan pembangunan semula Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) yang baharu belum dapat dilaksanakan lagi.

Advertisements

Katanya, syarikat pemaju masih belum menyerahkan pelan pembangunan penuh projek di tapak stadium itu secara rasmi kepada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Advertisements
Advertisements

Perkara ini amat mustahak susulan ia antara syarat yang perlu dipenuhi pihak pemaju sebelum kerja-kerja perobohan stadium dilakukan sungguhpun pelan kebenaran merancang untuk meroboh sudah diluluskan di peringkat MBSA.

“Ramai yang tanya kenapa tak roboh? Sebenarnya ada syarat dalam kelulusan itu antara lain pemaju perlu menghantar pelan pembangunan penuh projek di tapak itu secara rasmi kepada MBSA sebelum kerja-kerja meroboh boleh dilakukan.

Advertisements

“Walaupun konsep pembangunan sudah ada dan perbincangan mengenainya telah dilakukan antara pemaju dan MBSA, namun pihak berkenaan belum menghantar pelan pembangunan itu kepada MBSA,” katanya kepada Bernama selepas mengangkat sumpah sebagai Datuk Bandar Shah Alam ke-12 di sini, tadi.

Proses perobohan Stadium Shah Alam dilaporkan membabitkan kos RM35.5 juta dengan pembinaan semula stadium berkapasiti 40,000 penonton itu dijangka siap pada hujung 2026 seperti yang dimaklumkan sebelum ini.

Mohd Fauzi bagaimanapun memaklumkan bahawa proses pembangunan KSSA sedang berjalan khususnya perkara membabitkan kerja-kerja teknikal dan dokumentasi.

“Pembangunan secara fizikal di tapak mungkin kita tak nampak secara ketara tetapi sebenarnya kerja-kerja pembangunan projek khususnya yang melibatkan teknikal dan dokumentasi sedang berjalan dengan baik,” katanya.

Advertisements

Menteri Besar Selangor, YB Amiruddin Shari berkata bahawa proses perobohan ini akan dijalankan dengan pemasangan dinding adang terlebih dahulu diikuti prosedur seterusnya dan beliau menjangkakan proses perobohan ini akan selesai menjelang Jun 2025.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram