Stadium Sultan Mizan Venue Malaysia Berdepan Yaman & Kepulauan Solomon
Harimau Malaya
MakanBola
Azri / MakanBola
Advertisements

Malaysia bakal berdepan dengan dua pasukan bagi aksi persahabatan di venue baharu bagi kalendar FIFA Jun ini.

Skuad Harimau Malaya kini berada pada kedudukan ke-138 ketika ini sudah tentu mahu memanfaatkan peluang untuk terus memungut mata FIFA.

Advertisements

Bagi aksi berikutnya, anak didik Kim Pan-gon akan turun menentang Yaman dan Kepulauan Solomon di venue baharu.

Menerusi satu kenyataan oleh Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin sebagai gelanggang rasmi Harimau Malaya.

Advertisements

Beliau difahamkan mahu memberi peluang kepada penyokong di Pantai Timur untuk menonton aksi pasukan kebangsaan sebagai persiapan ke Piala Asia Qatar 2024.

Malaysia memperoleh dua kemenangan dalam aksi persahabatan Mac lalu berdepan Turkmenistan dan Hong Kong dan dijadikan sebagai tonik tambahan menjelang aksi berikutnya.

News Comments Account