Stanley Bernard: Saya Minta Maaf
Liga Super
KL City
Advertisements

Isu tunggakan gaji masih lagi menghantui kancah bola sepak di Malaysia. Selepas Kedah Darul Aman FC (KDA FC), kini Kuala Lumpur City FC (KL City) turut terpalit dengan masalah ini.

Ketua Pegawai Eksekutif KL City, Stanley Bernard memaklumkan bahawa pihaknya kini dalam proses dan bekerja keras untuk menyelesaikan masalah tersebut. Dalam masa yang sama, Stanley memohon maaf kepada pemain dan staf di atas apa yang telah berlaku.

“Kami ingin memohon maaf kepada para pemain dan barisan jurulatih. Tiga tahun mereka melakukan pencapaian yang sangat baik. Presiden telah masuk ke bilik persalinan kerana walaupun anda lewat sebulan sekali pun, kami tetap akan berusaha menyelesaikannya tepat pada masanya.

Advertisements

“Tetapi ianya memerlukan kerja keras. Kami telah melepasi had kemampuan kami semampu boleh untuk mendapatkannya. Saya faham apabila pemain dan jurulatih berasa kecewa kerana saya pernah menjadi pemain.

“Di bilik persalinan apabila saya tidak dibayar, tiada siapa yang datang. Tapi saya selalu datang kepada mereka, presiden juga selalu datang kepada mereka untuk memohon maaf dan menjelaskan bahawa kami sedang berusaha sehabis baik,” jelas Stanley Bernard kepada Makanbola.

KL City kini berada di tangga ke-7 dalam saingan Liga Super. Musim ini, mereka berjaya menjadi naib juara Piala FA Malaysia dan juga mara sehingga ke separuh akhir Piala Malaysia sebelum tewas kepada Terengganu FC tempoh hari.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram