Stanley Bernard: Semua Kelab Liga Super Patut Sasar Ke Asia
Liga Super
Astro Arena
Advertisements

CEO KL City FC, Stanley Bernard melihat semua kelab Liga Super patut mempunyai matlamat untuk bertanding di peringkat benua Asia.

Komen beliau ini timbul sebagai mengulas tindakan FAM mewajibkan semua pasukan Liga Super mewujudkan skuad Piala Presiden dan Piala Belia pada musim hadapan.

Stanley mengakui dengan langkah tersebut, ini akan memberi kesukaran kepada pasukan Liga Super terutama dari segi kewangan.

Advertisements

Namun begitu, pada masa sama, langkah ini merupakan langkah tepat bukan saja kerana membantu pembangunan pemain terutama di peringkat akar umbi.

Malah, itu merupakan sebahagian daripada keperluan lesen AFC. Bagi mana-mana pasukan yang mahu bertanding di peringkat Asia, lesen ini penting bagi membantu mereka bertanding.

“Tapi saya melihat dari segi jangka masa panjang, sebuah kelab Liga Super perlu mempunyai matlamat beraksi di peringkat AFC bagi saya. Ini kerana itu merupakan ketetapan badan induk (AFC).

Advertisements

“Jadi, kembali kepada empat pasukan ini, amat penting bagi mendapatkan lesen. Dan dari segi kewangan, cabaran yang dihadapilah,” katanya bila ditemubual wartawan Astro Arena, Fina Nasrom untuk Nadi Arena.

Stanley turut mendedahkan hajat KL City untuk kembali beraksi dalam saingan Piala AFC. Dengan memenuhi keperluan lesen AFC, ini bakal memudahkan usaha mereka untuk kembali ke kejohanan berkenaan.

“Dan ini merupakan sesuatu yang diminta oleh AFC juga. Kalau ikut pengetahuan saya, kita buat pelesenan kelab.

Advertisements

“Jadi, dari segi Kuala Lumpur (City) memiliki keempat-empat pasukan, kalau kita tidak ada keempat-empat pasukan, kita tidak akan cukup kriteria untuk lesen AFC.

“Dan kami bertanding dalam pertandingan AFC yang lepas dan kami berhajat untuk kembali ke pertandingan itu lagi.

“Jadi, anda perlu dapatkan lesen sebelum anda berhajat untuk bertanding dalam Piala AFC. Saya rasa tiada cara lain untuk hal ini. Sebab dalam AFC, kita kena mempunyai penetapan seperti yang ditetapkan badan induk itu,” tambahnya.

Advertisements

KL City kini fokus kepada aksi Liga Super seterusnya menentang Kelantan United FC pada 26 November ini selepas disingkirkan Terengganu FC dalam separuh akhir Piala Malaysia.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram