Statistik Buktikan Serangan Sri Pahang Makin Berbisa
Liga Super
Sri Pahang FC
Advertisements

Liga Super musim 2023 menyaksikan jentera serangan Sri Pahang FC lebih berbisa dengan 35 gol daripada 20 perlawanan berbanding 33 gol daripada 22 perlawanan pada musim lepas.

Daripada 35 gol, Kpah Sherman muncul penjaring terbanyak dengan 11 gol. Ini disusuli Stefano Brundo (lapan gol) dan Sergio Aguero (empat gol).

Fadhli Shas, Azam Azih, Kevin Ingreso dan David Rowley masing-masing menyumbat dua gol. Manakala Abdul Malik Mat Ariff, Zuhair Aizat, Azrif Nasrulhaq dan Baqiuddin Shamsudin menjaringkan satu gol.

Advertisements

Bila dipecahkan kepada bahagian pasukan, bahagian tengah merupakan penyumbang terbesar dengan 37%. Bahagian serangan dan pertahanan pula masing-masing menyumbang 31.5% gol Tok Gajah.

Statistik ini dianggap mengagumkan lebih-lebih lagi dengan Sherman menggalas tanggungjawab untuk menjaringkan gol. Selain itu, Tok Gajah juga berdepan masalah kekurangan penyerang akibat isu kecergasan dihadapi duo penyerang Brazil, Lucas Espindola Silva dan Rafael Silva Santos.

Advertisements

Statistik Transfermarkt mendedahkan kedua-duanya masing-masing membuat lima dan dua penampilan bersama Tok Gajah akibat isu tersebut. Sekiranya kedua-duanya kembali cergas, ia merupakan satu berita baik kepada pasukan dari Pantai Timur itu.

Dengan baki enam perlawanan liga, tidak mustahil rekod gol musim 2022 bukan saja dapat diatasi dengan lebih cemerlang oleh anak-anak buah Fandi Ahmad.

Advertisements

Malah, ini akan memberi harapan kepada Sri Pahang bahawa mereka masih berpeluang menamatkan musim dalam kedudukan tiga teratas Liga Super musim ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram