Steinbruckner Sudah Berjaya Kesan Punca Aksi Lemau Terengganu
Liga Super
Terengganu FC
Advertisements

Terengganu sehingga kini belum dapat menepati ekspetasi sebagai pencabar kejuaraan dan tidak begitu menyengat sepertimana musim-musim sebelumnya.

Lima perlawanan dilalui, skuad kendalian Tomislav Steinbruckner ini hanya mencatat satu kemenangan dan sudahpun mengalami tiga kekalahan.

Ia juga menjadi punca Steinbruckner diberi surat tunjuk sebab oleh pihak pengurusan, dan jurulatih dari Croatia itu percaya tempoh rehat lebih dua minggu telah memberi ruang yang cukup kepadanya untuk menganalisa dan mengenalpasti punca aksi lemau pasukannya.

Advertisements

Dia mempunyai keyakinan Terengganu akan tampil sebagai pasukan berbeza dan lebih agresif sebaik saingan liga kembali bersambung minggu ini.

“Selepas lima perlawanan, kita sudah buat banyak analisis dan kalau tengok kepada cara pemain beraksi tidaklah begitu teruk cuma begitu sukar untuk mendapatkan gol.

“Sudah tentu saya rasa tekanan itu tetapi ini adalah normal untuk pasukan dan untuk saya sendiri sebagai jurulatih, jadi apa yang kita kena buat adalah untuk terus mencari peluang meraih tiga mata.

Advertisements

“Ia bukan senang namun saya tidak akan berputus asa terhadap pasukan ini, kita akan terus berusaha dan cari jalan penyelesaian bagaimana untuk meningkatkan kualiti daripada segi menjaringkan gol dan membuat keputusan di atas padang”, ujar Steinbruckner.

Kata-kata Steinbruckner ada benarnya, kerana Terengganu hanya mampu menjaringkan dua gol sahaja setakat ini masing-masing satu ketika menewaskan PDRM 1-0 dan tewas 1-2 kepada Negeri Sembilan.

Terengganu akan berdepan jiran pantai timur yang turut sedang bergelut dengan prestasi, Kelantan United di laman sendiri pada Jumaat ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram