Strategi Kim Pan-gon & E. Elavarasan Persiap Harimau Muda Bakal Buahkan Hasil
Malaysia
FA Malaysia
Advertisements

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini telah mengumumkan senarai nama 26 pemain skuad muda negara di bawah kendalian pengendali bawah 22 tahun kebangsaan, E. Elavarasan.

26 pemain ini akan mula melapor diri pada 18 Mac kelak dan akan menjalani kem latihan pusat di Wisma FAM, Kelana Jaya.

Menjelang kejohanan Piala Merlion 2023 yang bakal berlangsung di Singapura, skuad Harimau Muda ini memiliki kira-kira seminggu untuk membuat persiapan sebelum berlepas ke Singapura pada Khamis, 23 Mac 2023.

Advertisements

Daripada senarai 26 pemain ini, terdapat lima orang pemain yang mana sebelum ini berada dalam skuad Kim Pan-gon di kejohanan Piala AFF tempoh hari. Lima pemain tersebut ialah Mukhairi Ajmal, Ruventhiran, Haqimi Azim, Azam Azmi Murad dan Rahadiazli Rahalim.

Jika diamati dengan baik, percaturan bijak ini seakan sudah dirancang dari awal oleh Kim Pan-gon bagi memberikan pendedahan buat pemain-pemain muda ini ketika bersama skuad senior. Pengalaman serta pendedahan ini akan bakal memberi kelebihan buat skuad bawah 22 kebangsaan kali ini.

Daripada senarai akhir ini, seramai sembilan orang pemain daripada pasukan Selangor, lima daripada Terengganu dan KL City, empat daripada Johor Darul Ta’zim dan tiga pemain daripada Kedah Darul Aman.

Advertisements

Skuad kendalian E. Elavarasan bakal mengharungi aksi pertama Piala Merlion 2023 di Stadium Jalan Besar Singapura, pada 24 Mac menentang Kemboja. Malaysia juga bakal bertemu pasukan tuan rumah iaitu Singapura dan juga Hong Kong sebelum melangkah ke pusingan kalah mati.

Kejohanan Piala Merlion ini bakal menjadi persiapan terbaik bagi kem Harimau Muda sebelum skuad ini menghadapi kejohanan Sukan SEA 2023 yang bakal membuka tirai pada 29 April 2023 hingga 15 Mei 2023 di Combodia.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram