Stuart Ramalingam Hormati Keputusan Azizulhasni Awang
UltraSukan
Team Malaysia
Advertisements

Penyelaras Projek Road to Gold (RTG), Stuart Ramalingam menghormati keputusan yang dibuat jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang di Adelaide, Australia baru-baru ini.

Azizulhasni sebelum ini terpaksa menarik diri daripada perlumbaan penentuan pingat gangsa acara pecut Piala Negara-Negara UCI.

Keputusan tersebut dibuat selepas mengambil kira nasihat pasukan perubatan. Ini selepas beliau dikesan mengalami gejala perikarditis semasa bersaing dengan jaguh Australia, Matthew Richardson di peringkat separuh akhir acara pecut.

Advertisements

Bagi Stuart, beliau menghormati keputusan Azizulhasni kerana percaya hal itu telah dibincangkan secara panjang lebar antara Azizulhasni dengan jurulatih berbasikal trek negara, John Beasley dan pakar perubatan.

“Apa saja keputusan yang diambil Azizul dan John (Beasley) telah dirujuk kepada RTG juga. Ini bukan satu perkara yang baru tetapi perkara ini telah dibincangkan antara RTG dengan Azizul dan John (Beasley) sendiri.

“Saya yakin penuh dengan keputusan yang diambil selepas merujuk semua pasukan perubatan yang diperolehinya.

Advertisements

“Saya juga selalu mendapat makluman daripada pasukan ISN untuk membuat interpretasi kepada orang biasa seperti saya untuk memahami keadaan Datuk Azizul,” katanya kepada Nadi Arena.

Sementara itu, Stuart melihat usaha Azizulhasni berlatih di Australia sebagai persiapannya ke Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis.

Stuart percaya beliau amat arif dengan keperluan dan persediaannya ke Sukan Olimpik. Atas sebab itu, RTG menyokong penuh usahanya demi menjayakan prospek pingat di temasya itu kelak.

Advertisements

“Datuk Azizul memahami keadaan dan keperluan dia ke Olimpik. Dan persediaannya di Australia merupakan persediaannya ke Paris.

“Jadi, kita menyokong penuh hala tuju Datuk Azizul dan keutamaannya ke Paris nanti,” ujarnya.

Meskipun terlepas peluang meraih pingat untuk acara pecut, Azizulhasni menceriakan kem negara dengan meraih pingat emas untuk acara keirin.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram