Stuart Ramalingam Jelaskan Sebab Utama Kuota 9 Pemain Import Diperkenalkan
Dunia
Astro Arena
Advertisements

Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Stuart Ramalingam, telah menjelaskan sebab utama kuota 9 pemain import bakal diperkenalkan pada saingan Liga Super musim hadapan.

Menerusi satu temubual dalam rancangan Nindia Bola, beliau telah menyatakan secara terperinci mengenai keputusan pihaknya untuk melaksanakan pembaharuan tersebut.

Setelah mengambil kira pelbagai faktor yang melibatkan semua pasukan, beliau yakin ini adalah keputusan terbaik yang mampu dicapai bersama pasukan bertanding.

Advertisements

“Sebelum ini kita ada tiga pasukan yang menggunakan 9 pemain import iaitu Selangor, JDT dan Terengganu.”

“Kita bukan mahu memperkenalkan peraturan baharu, cuma 9 yang sedia ada maka 9 jugalah yang digunakan oleh semua,” jelasnya dalam temubual tersebut.

Malah, Stuart juga yakin pengenalan ini juga tidak akan mengganggu perkembangan pemain tempatan dalam usaha untuk mewujudkan kestabilan dalam setiap pasukan.

Advertisements

Katanya, ini juga selaras dengan peraturan yang diperkenalkan oleh AFC selain penambahan pasukan negara dalam saingan pentas tersebut juga mempengaruhi keputusan yang diambil.

Malah, penambahan kuota import ini bertujuan untuk memastikan kualiti dan persaingan sihat yang wujud dalam liga di Malaysia sentiasa terjaga.

Namun begitu, beliau menegaskan bahawa ia bukanlah menjadi suatu kewajipan dan perlu juga melihat kepada kemampuan kewangan kelab masing-masing.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram