Stuart Wilkin Teruja Dapat Kepercayaan Penuh Kim Pan-gon
Harimau Malaya
FAM
Advertisements

Pemain tengah Sabah, Stuart Wilkin mengakui teruja mendapat kepercayaan penuh Kim Pan-gon untuk terus membarisi skuad kebangsaan sejak awal tahun ini.

Menurut beliau, pasukan kebangsaan Malaysia kini sedang memiliki motivasi terbaik berdasarkan keputusan positif menentang pasukan lebih kuat seperti Syria dan China tempoh hari.

“Ya, ini masa yang mengujakan buat pasukan Malaysia yang sedang menanti kejohanan Piala Asia yang merupakan fokus utama kita.” ujar Stuart Wilkin.

Advertisements

Pemain berusia 25 tahun ini juga mengakui teruja namanya dipanggil menyertai skuad Harimau Malaya dalam kejohanan Pestabola Merdeka.

“Sudah tentu teruja dapat berlawan dengan pasukan yang berada di ranking lebih tinggi dan inilah persiapan kami menjelang kejohanan Piala Asia.

Advertisements

Menentang pasukan di ranking lebih tinggi memberi motivasi tambahan kepada kami untuk membuktikan kemampuan pasukan Malaysia terutamanya dalam kejohanan Pestabola Merdeka yang mempunyai sejarah tersendiri.” tambah beliau lagi.

Stuart Wilkin semakin mendapat kepercayaan Kim Pan-gon apabila beliau telah membarisi pasukan Malaysia untuk aksi Piala AFF tahun 2022, aksi persahabatan bulan Mac, Jun, September dan terbaru dalam aksi Pestabola Merdeka.

Advertisements

Stuart juga berada dalam prestasi terbaik musim ini apabila menjadi pemain utama Sabah dibahagian tengah dan telah meyumbang 7 gol serta 2 bantuan jaringan dalam 26 penampilan.

Malaysia bakal menentang pasukan India yang berada di ranking ke-99 dunia bagi aksi Pestabola Merdeka pada 13 Oktober ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram