Suasana Ala EPL JDT Terima Pujian Penyokong Serantau
Liga Super
MakanBola
Johor Southern Tigers
Advertisements

Kehangatan aksi Liga Super 2023 yang dilangsungkan pada sebelah petang terus hangat diperkatakan. Beberapa negara jiran seperti Indonesia dan Singapura turut mengikuti rapat perkembangan terkini saingan Liga Malaysia 2023.

Menerusi tinjauan MakanBola di laman Twitter dan Facebook, beberapa akaun bola sepak Indonesia memuji langkah yang diambil MFL. Seperti yang sedia maklum, musim ini terdapat beberapa aksi yang dijalankan pada waktu petang.

Advertisements

Bukan setakat penyokong Malaysia, peminat bola sepak di negara jiran turut teruja melihat suasana sepak mula yang dijalankan pada sebelah petang.

Keindahan suasana Stadium Sultan Ibrahim sekaligus mendapat perhatian peminat bola sepak serantau. Rata-ratanya memuji keunikan serta kecantikan seni bina rumah Harimau Selatan itu.

Untuk rekod, aksi JDT menentang Kelantan di Stadium Sultan Ibrahim tempoh hari telah mendapat sambutan yang cukup membanggakan apabila seramai 24404 penonton hadir ke stadium. Perlawanan keempat saingan Liga Super 2023 itu menyaksikan pasukan tuan rumah, JDT berjaya menewaskan Kelantan dengan keputusan 5-1.

Aksi Liga Super seterusnya bakal melibatkan pertemuan JDT dan Selangor pada Jumaat kelak di Stadium MBPJ, Kelana Jaya sementara pasukan Kelantan akan menentang KL City di Stadium Sultan Muhammad IV.

Advertisements

1 Comment
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
trackback

[…] The warmth of the 2023 Super League action held in the afternoon continues to be hotly talked about. Several neighboring countries such as Indonesia and Singapore also followed the latest development of the Malaysian League 2023. Say MakanBola.com […]

News Comments Account