Dunia
Advertisements

Hasrat pasukan Kedah untuk menjadi pasukan lawan pertama merasmikan Stadium Sultan Ibrahim tidak kesampaian apabila Kuching FA terlebih dahulu menerima jemputan JDT.

Kedua-dua pasukan bertemu dalam aksi persahabatan yang memihak kepada JDT dengan kemenangan 4-0 ke atas Kuching FA.

Suasana Ala Eropah yang terdapat pada Stadium Sultan Ibrahim ternyata mengujakan para pemain dan penonton yang hadir.

Advertisements

Terdahulu, pemilik JDT, DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim turut hadir bagi menyaksikan perlawanan persahabatan di antara kedua-dua pasukan.

safawi Suasana Ala Eropah, Kuching Pasukan Lawan Pertama Rasmi Stadium Sultan Ibrahim
Safawi sedang bersaing dengan pemain Kuching FA

JDT berjaya menjaringkan gol pertama perlawanan sekaligus gol pertama di venue baru Stadium Sultan Ibrahim hasil jaringan Diogo Luis Santo pada minit ke 35. 

Bersambung babak kedua, tiga gol lagi berjaya di perolehi JDT, masing-masing oleh Hazwan Bakri pada minit ke 65. Jaringan ketiga pula oleh Leandro pada minit ke 69 serta jaringan keempat oleh Liridon Krasniqi pada minit ke 71.

Advertisements

Kuching FA merupakan pasukan yang beruntung kerana telah menjadi pasukan lawan pertama yang datang bagi aksi persahabatan sekaligus turut sama merasmikan padang stadium terbabit.

Dalam aksi persahabatan itu, Kuching FA turut cuba memberikan tentangan sengit kepada JDT namun kelebihan selaku juara Liga Super 6 kali berturut-turut itu tidak mampu disaingi oleh wakil dari Sarawak itu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram