Perlawanan saingan separuh akhir Sukan Olimpik 2024 pagi ini menyaksikan Perancis membenam cabaran hebat Mesir untuk mara ke Final.
Skuad kendalian Thierry Henry ketika ini berada di momentum terbaik selepas berjaya menyingkir Argentina bagi aksi suku akhir sebelum ini.
Sementara Mesir, kejutan demi kejutan ditampilkan lebih-lebih lagi muncul juara kumpulan C mengetepikan calon juara, Sepanyol.
Perlawanan separuh masa pertama agak seimbang, kedua dua pasukan cuba untuk menguasai permainan. Penguasan permainan berpihak kepada Perancis dengan 56 peratus manakala Mesir 44 peratus.
Separuh masa pertama tamat tanpa sebarang jaringan, Mesri berjaya membuat 9 percubaan sementara Perancis 7 percubaan.
Pada minit ke-62, pemain tengah Mesir, Mahmod Saber membuka jaringan pertama pasukan.
Perancis tidak menunggu lama apabila pada minit ke-83 permainan, Jean-Phillipe Mateta menyamakan kedudukan sekaligus mengheret masa ke perlawanan tambahan.
Separuh masa pertama masa tambahan bermula, malang buat pertahanan Mesir, Omar Fayed dihadiahkan kad merah selepas menerima kad kuning kedua.
Perancis menggunakan kelebihan itu, Jean-Philips Mateta sekali lagi mencatat nama sebagai penjaring gol kedua pada minit ke-99 masa tambahan.
Pada minit ke-108, pemain terbaru Bayern Munich, Michael Olise menggandakan jaringan ketiga pasukan sekaligus mengesahkan kemaraan.
Perlawanan tamat, Perancis 3-1 Mesir. Perancis mara ke pusingan akhir menentang Sepanyol.
Perlawanan pusingan akhir Sukan Olimpik 2024 dijadualkan berlangsung pada 10 Ogos ini jam 12 pagi waktu Malaysia.