Advertising
Sukan SEA: 25 Pemain Dipanggil Ke Kem Latihan Pusat
MakanBola
FA Malaysia

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan senarai 25 pemain yang dipanggil bagi menyertai kem latihan pusat menjelang kejohanan Sukan SEA Combodia 2023.

Kem latihan ini akan bermula pada 19 April 2023 di bawah kendalian ketua jurulatih B-23 negara, E. Elavarasan. Latihan kali ini terbahagi kepada dua fasa iaitu Fasa 1 dimana kesemua pemain perlu hadir melaporkan diri bermula 19 April untuk tiga hari latihan sehingga Jumaat, 21 April 2023.

Fasa 2 pula akan bermula pada Isnin, 24 April dan ia bergantung kepada penglibatan pemain-pemain ini dalam saingan Liga Super 2023 bersama kelab masing-masing.

Ad

Daripada senarai 25 pemain ini, seramai 7 orang pemain terdiri daripada pasukan Selangor, 5 orang daripada Terengganu, 4 pemain daripada JDT II, dan KL City, 3 pemain daripada pasukan Kedah Darul Aman serta 2 pemain daripada pasukan Negeri Sembilan.

Ad

Skuad Harimau Muda ini akan berlepas ke bumi Kemboja pada 2 Mei sebelum beraksi dalam perlawanan pertama menentang Laos pada 3 Mei. Diundi dalam saingan Kumpulan B, Malaysia juga bakal berdepan Thailand pada 6 Mei dan Vietnam pada 8 Mei.

Ad
Ad

Jika skuad kendalian E. Elavarasan ini melepasi saingan peringkat kumpulan, mereka akan berentap dalam aksi separuh akhir yang akan berlangsung pada 13 Mei dan perlawanan akhir akan berlangsung pada 16 Mei.

Ad

Kelibat dua pemain berdarah warisan, Daryl Sham dan Fergus Tierney pastinya akan terus diperkatakan melihatkan kepada kemampuan mereka untuk beraksi dan sekembalinya semula kapten pasukan B-23 kebangsaan, Mukhairi Ajmal semestinya akan memberi nilai tambah buat Juara Piala Merlion 2023 ini.