Sukhrob Nurulloev Milik Kedah
Transfer
nurullaev7
Advertisements

Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dilihat semakin memperkuatkan pasukan menghadapi saingan musim baharu Liga Malaysia apabila membawa masuk pemain Uzbekistan, Sukhrob Nurulloev.

Pemain sayap berusia 26 tahun itu merupakan rekrut terbaru Kedah dibawah kendalian Nafuzi Zain yang baru sahaja diumumkan laman sosial rasmi KDA FC sebentar tadi.

Sukhrob hadir ke Darul Aman dengan kontrak selama setahun dan beliau juga pernah menyarung jersi kebangsaan Uzbekistan untuk skuad bawah 23 dan juga bawah 20 tahun.

Advertisements

“Selamat datang buat Sukhrob Nurulloev ke bumi Jelapang Padi. Pemain berumur 26 tahun berasal dari Quraqol, Uzbekistan ini diikat selama setahun bagi mengisi bahagian serangan sayap pasukan KDA FC musim ini.

“Beliau mampu beraksi sama ada kanan dan kiri, memberi sedikit kelebihan dalam mencatur taktikal perlawanan buat Nafuzi Zain. Pernah beraksi bersama skuad muda U20 dan U23 Uzbekistan, kelab asal Sukhrob adalah Nasaf FC,” umum KDA FC dalam satu hantaran di laman Instagram.

Advertisements

Kehadiran Sukhrob hampir pasti mengisi kekosongan yang ditinggalkan bekas pemain sayap Kedah, Manuel Hidalgo yang mengambil keputusan untuk meninggalkan Kedah dan berhijrah ke Johor Darul Ta’zim (JDT).

Pengalaman Sukhrob yang pernah beraksi di pentas tertinggi Asia iaitu Liga Juara-Juara AFC bersama Nasaf Qarshi juga menjadi aset utama pasukan Kedah mengharungi saingan getir Liga Malaysia musim baharu.

Advertisements

Untuk rekod, Sukhrob telah diturunkan dalam enam perlawanan bagi saingan Liga Juara-Juara AFC dengan merekodka dua jaringan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram