Johor muncul juara baru SUKMA 2026 untuk acara bola sepak apabila menewaskan Selangor di pentas final pada Sabtu.
Kedua-dua pasukan masing-masing mengidam kilauan pingat emas selepas menewaskan Perak dan Pahang di peringkat separuh akhir.
Separuh masa pertama menyaksikan Johor berusaha mendapatkan gol pendahuluan menerusi para pemain serangan.
Hasilnya, pasukan itu mendapat kelebihan gol awal yang diperlukan ke atas Selangor menerusi bintang pasukan, Danish Amiruddin pada minit ke-20.
Selepas itu, penyerang muda sensasi Selangor, Haykal Danish berjaya menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti sekali gus memastikan perlawanan kembali hangat.
Namun, gol tersebut kekal sehingga tamat separuh masa pertama.
Bersambung pada babak kedua, kedua-dua negeri terus menggandakan serangan untuk memburu gol tambahan.
Kedua-dua pasukan tampak saling berbalas serangan menerusi barisan hadapan masing-masing namaun jaringan gagal ditemui.
Selangor hampir menambah gol aksi pada penghujung separuh masa pertama menerusi Haykal Danish namun rembatan beliau gagal menepati sasaran.
Seterusnya, perlawanan dilanjutkan sehingga 30 minit masa tambahan bagi mencari juara ibu segala emas 2026 ini.
Kedua-dua pasukan tampak seimbang dalam mengatur serangan dan menjaga benteng masing-masing sekali gus perlawanan diheret ke sepakan penalti.
Johor muncul juara bola sepak SUKMA 2026 selepas penjaga gol, Danial Idraqi Mohd Asmir menjadi wira apabila berjaya menyelamatkan dua sepakan penalti Selangor dan memastikan negeri tersebut menang dengan keputusan 4-2 .